Ayatullah Syeikh Ali Kurani, seorang ulama yang berasal dari Lebanon dan tinggal di kota suci Qom dalam wawancaranya dengan sebuah stesen televisyen satelit antarabangsa Ahlul Bait (as) menyatakan : "Abdul Rahman Qardhawi, anak lelaki Syeikh Dr Yusuf Qardhawi (marji' Ahlus Sunnah) telah mengikuti mazhab Ahlul Bait dan kemarahan Qaradhawi kepada mazhab Ahlul Bait akhir-akhir ini berpuncak dari masalah ini. Saya yakin akan perkara ini.
Oleh kerana banyaknya reaksi yang timbul dari kalangan masyarakat Syiah mahupun Ahlus Sunnah serta banyaknya permintaan dari dalam dan luar negara supaya saya memberi penjelasan dalam isu ini bagi mengesahkan kebenaran berita tersebut, maka saya memilih laman web 'al-Ghadir' dan 'stesen TV al-Anwar' untuk menjawab semua persoalan yang berbangkit."
Kenyataan Ayatullah Syeikh Ali Kurani itu turut diperkuatkan oleh berita dari akhbar Lebanon 'al-Balad' yang menyebutkan bahawa punca utama kemarahan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi terhadap mazhab Ahlul Bait akhir-akhir ini adalah sejak salah seorang daripada ahli keluarganya mengikuti mazhab Ahlul Bait.
Akhbar 'al-Balad' tidak mengisyaratkan hubungan kekeluargaan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi dengan pemuda yang mengikuti mazhab Ahlul Bait itu. Namun setelah tersebarnya berita tersebut, Syeikh Mahir Hammud, Imam Solat Juma'at di masjid al-Quds dan salah seorang ulama terkenal Ahlus Sunnah di Lebanon turut mengesahkan bahawa anak lelaki Syeikh Qardhawi telah mengikuti mazhab Ahlul Bait.
Menurut laman web 'Syiah Online', selepas tersebarnya berita tersebut di beberapa laman web dan akhbar-akhbar, laman web Abdur Rahman Qardhawi mula tidak diaktifkan. Abdur Rahman Qardhawi yang datang dari keluarga besar dan terkenal al-Qaradhawi adalah seorang penyair terkenal dalam dunia Arab.
http://ummuabiha.blogspot.com/2008/10/gempar-akhirnya-kutemui-kebenaran-anak.html
___________________________________________________________________________________
Setelah Keluarkan Fatwa Nyeleneh, Akhirnya Qardhawi Tergeletak di Rumah Sakit
Setelah mengeluarkan fatwa nyeleneh sebagaimana dilansir Al-Arabiya (19/3/2011) "Ketegangan di Bahrain tidak sama seperti revolusi lain yang terjadi negara-negara Arab lain, Revolusi Bahrain adalah revolusi sektarian dan tidak mewakili tuntuntan rakyat Bahrain secara keseluruhan. "Tidak ada revolusi rakyat di Bahrain, melainkan (revolusi) sektarian," akhirnya Yusuf Al-Qaradhawi tergeletak tak berdaya di rumah sakit.
Menurut Kantor Berita ABNA, Berita dari Doha ibukota Qatar tempat tinggal Syaikh Yusuf al-Qardawi, menyebutkan pemimpin Liga Ulama Dunia Islam tersebut telah jatuh sakit dan saat ini mendapat perawatan medis serius dari tim dokter.
Menurut sumber berita, dokter yang merawat beliau menyatakan keadaannya belum juga membaik malah bertambah kritis dan sampai saat ini belum sadarkan diri (koma). Pegawai RS Al-Ramlah turut membenarkan berita tersebut dan menyebutkan keadaan beliau benar-benar kritis dan tidak ada tanda-tanda akan pulih, kemungkinan besarnya usia Qhardawi tidak lama lagi. (ABNA)
0 comments to "PUTRA SYEIKH DR. YUSUF QARDHAWI BERPEGANG DENGAN MAZHAB AHLUL BAIT?"