SEBARAN MEDIA
1. Pada 15hb Disember, 2010 / bersamaan 09hb Muharam 1432, bertempat di Hauzah Ar Ridha (as), Sri Gombak, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan antara pukul 10.15 - 12. 00 malam pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dikepalai oleh pengarahnya, Muhammed Khusrin bin Munawi bersama-sama kakitangan (JAIS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), berserta pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah memecah masuk dan menyerbu ke dalam Hauzah Ar Ridha (as), Sri Gombak, Batu Caves, Selangor. Ketika itu sedang berlangsung Majlis Tahlil Arwah untuk Saidina Hussein (rd) cucunda kepada Rasulullah Muhammad s.a.w .
2. Tindakan (JAIS) menceroboh dan memecah masuk ke Majlis Tahlil Arwah Saidina Hussein yang sedang berlangsung pada malam tersebut tidak ada kaitan sama sekali dengan penyebaran fahaman Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah), kepada mana-mana pihak di Selangor atau di Malaysia. Majlis dilakukan secara tertutup di premis yang sah dan Majlis Tahlil Arwah tersebut hanya bertumpu kepada memperingati arwah cucuanda Rasulullah, Nabi Muhammad (s.a.w.) dalam Kalendar Umat Islam.
3. Jaminan hak-hak kebebasan untuk beragama diperakukan dalam Perkara 18, Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1948 dan Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Deklarasi Amman, Jordan 2008 oleh Pertubuhan Dunia Negara-Negara Islam (OIC) juga memberi jaminan hak beragama diberikan kepada Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w.( Syiah).
4. Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia adalah sebahagian daripada masyarakat besar Pencinta Ahlul Bayt seluruh dunia yang berjumlah sekitar 200-500 juta umat Islam.
5. Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia TIDAK BOLEH DISAMAKAN dengan masyarakat Syiah di rantau lain, seperti rantau Indo-Pakistan, Asia Tengah atau Timur Tengah yang mempunyai tradisi dan kebudayaan berbeza. Kami minoriti Syiah di Malaysia mempunyai jati diri yang khusus. Adalah kami minoriti Syiah di Malaysia tidak boleh digeneralisasikan sama seperti umat Islam Syiah di rantau lain.
6. Ahli Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia datang dari pelbagai jalur etnik Melayu dan umat Islam yang mana mazhab Ja'fari (mazhab fikah Syiah) ADALAH MAZHAB ASAL KAMI.
7. Oleh kerana tiadanya dialog dan wacana di antara pihak berkuasa agama tempatan dengan komuniti kami (Syiah) di Malaysia maka telah berkembang kejahilan, kekeliruan dan salah anggap yang sangat besar terhadap kami.
8. Etnik Melayu yang berketurunan Aceh, Minang, Bugis, Jawa, (hanya beberapa contoh) dan umat Islam dari keturunan Siam-Ayuthya, Pakistan dan Arab terdapat sebahagian kecilnya adalah pendokong Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w Syiah sejak turun-temurun (daripada nenek moyang). Kami mempunyai bukti atau hujah akademik serta warisan sejarah keluarga yang mesti diperakukan menurut Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa kami adalah bermazhab Syiah atau mengamalkan fikah Ja'fari sebagai MAZHAB ASAL kami.
9. Ekoran tiadanya dialog dan kajian sejarah, budaya dan etnik yang tersusun dari pihak berkuasa dan juga sarjana akademik tempatan menyebabkan kami telah disudutkan dan tidak diketahui kewujudannya sekian lama.
10. Fitnah yang disebarkan mengenai kami Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia mengakibatkan salah faham yang sangat buruk terhadap kami. Salah faham yang buruk ini mendorong pewartaan undang-undang yang tidak adil buat kami. Antara fitnah yang dilemparkan ialah:
a.) Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w (Syiah) menghalalkan darah saudara-saudara kami yang sebangsa dan seagama dari golongan Sunnah. Kami ingin menegaskan bahawa terdapat antara penganut Syiah atau Ja'fari dalam kalangan kami berkahwin dan hidup dalam masyarakat ahlus sunnah wal jamaah secara rukun damai secara turun-temurun.
b.) Sebagai sebuah masyarakat, kami tidak dapat mengawal setiap penganut mazhab Syiah atau Ja'fari. Perbuatan segelintir daripada kami tidak dapat dihujahkan mewakili seluruh komuniti. Selain itu mesti diingatkan di sini, oleh kerana tiadanya sebarang dialog dan ruang untuk kami bersuara, terdapat banyak kekaburan dan kekeliruan tentang konsep-konsep ajaran Syiah disebarkan.
11. Perbuatan tidak bertanggungjawab Mohammed Khusrin Munawi selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor terhadap kami mengakibatkan fitnah dan kekeliruan terhadap masyarakat besar Pencinta Ahlul Bayt (Syiah) seluruh dunia yang berjumlah sekitar 200-500 juta umat Islam semakin dipanjangkan. Aksi tidak bijak ini boleh menjejaskan imej Malaysia di luar negara.
12. Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia percaya kami telah dijadikan bahan uji, adu domba dan diKambing Hitam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, seperti yang dipelihatkan oleh tindak-tanduk Mohammed Khusrin Munawi (JAIS), Media Cetak/Elektronik, bloggers dan pemuka agama.
13. Tidak akan menumpahkan darah, tidak akan bersubahat, tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan militan, teror dan persenjataan yang dapat meletakkan negara tercinta dalam kedudukan bahaya. Kami juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung sebarang elemen atau anasir militan, teror dan ganas. Sentiasa menjunjung dan memperakukan institusi beraja dan perlembagaan Malaysia serta taat setia Yang Dipertuan Agong. Tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk tindakan yang boleh menggugat keselamatan negara ini.
14. Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (Syiah) di Malaysia memohon perlindungan HAK dari SUHAKAM berpaksikan Perlembagaan Malaysia agar hak minoriti kami sebagai rakyat Malaysia dilindungi oleh pihak-pihak yang berwajib. Sekiranya hak kebebasan beragama dan kepercayaan telah diberikan kepada minoriti yang beragama HINDU, BUDDHA, KRISTIAN, SIKHISM atau lain lain agama, mengapa kami dicaci, dihina, difitnah dan kini diugut semata-mata kerana mengamalkan mazhab kepercayaan kami turun-temurun sejak nenek moyang iaitu ‘Mazhab Ahlul Bayt' atau Syiah Imamiyah (mazhab fikah kami: Ja'fari) yang dianuti lebih 200-500 juta umat Islam seluruh dunia.
TUNTUTAN
1. Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (Syiah) di Malaysia dan Syiah seluruh dunia menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Mohammed Khusrin bin Munawi dan Jabatan Agama Islam Selangor setelah beliau dan jentera di bawahnya mencabul hak-hak kami dan menfitnah kami dengan dahsyatnya.
2. Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (Syiah) di Malaysia dan Syiah seluruh dunia menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada media cetak dan elektronik yang menfitnah kami tanpa asas kukuh.
3. Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (Syiah) di Malaysia dan Syiah seluruh dunia menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada ulama dan pemuka agama yang menfitnah kami, khususnya Hassan Din al-Hafiz yang dalam laporan Berita Harian 18 Disember 2010 di halaman 4 memanggil anak-anak kami penganut Syiah sebagai anak tidak sah atau anak haram.
4. Kami Syiah Malaysia menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan pihak berkuasa agama semua negeri khususnya Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).
5. Kami Syiah Malaysia menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan pihak berwajib iaitu Perdana Menteri Malaysia. Kami percaya slogan 1Malaysia yang digagaskan oleh beliau bemaksud untuk mendakap seluruh minoriti yang ada dan diberikan hak-haknya selaras dengan semangat perlembagaan.
6. Kami Syiah Malaysia menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan penggubal undang-undang (ahli parlimen) sebagai wakil rakyat kami.
7. Kami Syiah Malaysia menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan semua entiti politik termasuk parti pembangkang.
8. Kami Syiah Malaysia menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan semua entiti sosial seperti badan-badan bukan kerajaan.
Kamil Zuhairi Ab Aziz.
Ketua Minoriti Pencinta Ahlul Bayt (Keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) Malaysia
(IRIB/28/12/2010)
Komunitas Syiah Malaysia: JAIS Harus Minta Maaf
Komunitas pengikut Ahlul Bait as yang juga diistilahkan dengan Syiah, hari Senin (27/12/2010) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), mengadukan pelecehan hak asasi manusia terhadap mereka.Komunitas pengikut Ahlul Bait yang diwakili 30 orang itu mengadukan pelecehan terhadap pusat mereka di Gombak pada tanggal 15 Desember lalu yang tindakan itu bertentangan dengan pelbagai ketetapan yang diantaranya adalah Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Perlembagaan Persekutuan.
"Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bait (Syiah) di Malaysia memohon perlindungan hak daripada Suhakam berpaksikan Perlembagaan Malaysia agar hak minoriti kami sebagai rakyat Malaysia dilindungi pihak-pihak berwajib," kata Kamil Zuhairi Ab Aziz selaku juru bicara komunitas Ahlul Bait as.
"Sekiranya hak kebebasan beragama dan kepercayaan telah diberikan kepada minoriti yang beragama Hindu, Buddha, Kristian, Sikhisme atau lain-lain agama, mengapa kami dicaci, dihina, difitnah dan kini diugut semata-mata kerana mengamalkan kepercayaan kami turun-temurun sejak nenek moyang kami, iaitu Mazhab Ahlul Bait atau Syiah Imamiah yang dianuti lebih 200 hingga 500 juta umat Islam seluruh dunia."
Dua pekan lalu, 128 orang yang ditahan dalam aksi penggerebekan terhadap sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves yang juga dijadikan sebagai aktivitas para pengikut Ahlul Bait as di Kuala Lumpur.
Menurut tudingan yang diajukan pada Mahkamah Rendah Syariah Kuang bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, minoritas Syiah di Malaysia dianggap menghina kuasa yang sah, serta mengingkari, melanggar dan mempertikaikan perintah atau arahan mufti.
Kamil dalam konferensi persnya untuk pertama kali di kantor Suhakam, Kuala Lumpur, menjelaskan, ketika Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu, tidak ada penyebaran ideologi dan hanya majelis tahlil untuk arwah cucu Nabi Muhammad.
Dalam kesempatan itu, Kamil menolak generalisasi yang menyamakan fahaman mereka - Syiah Imamiah - di negara ini dengan kumpulan yang sama di negara lain.
"(Kami) tidak akan menumpahkan darah, tidak akan bersubahat, tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan militan, keganasan dan persenjataan yang dapat meletakkan negara tercinta dalam kedudukan bahaya," katanya sambil menegaskan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membendung elemen itu.
Komunitas minoritas pengikut Ahlul Bait di Malaysia juga menuntut pihak yang terlibat dalam penggerebekan, khususnya JAIS berikut pengarahnya Datuk Khusrin Munawi dan penguat kuasa jabatan itu, supaya membuat permohonan maaf secara terbuka karena penggerebekan itu mengakibatkan fitnah dan kekeliruan terhadap komunitas pengikut Ahlul Bait as.
Tuntutan komunitas pengikut Ahlul Bait Malaysia juga ditujukan kepada pihak media dan penceramah popular Datuk Dr Hassan Din yang menyatakan perkawinan dengan pengikut Syiah tidak sah dan anak yang lahir dari hasil perkawinan itu dikategorikan sebagai anak zina. (IRIB/ Malaysiakini.com/AR/28/12/2010)Ayatollah Jaafar ketika ditemui kontributor IRIB di Qom, kembali menegaskan kesetiaan para pengikut Ahlul Bait atas sistem kerajaan di Malaysia. Dikatakannya, "Makna Syiah adalah pengikut yang setia. Untuk itu, kesetiaan itu juga setidaknya harus ditunjukkan kepada sistem kerajaan di Malaysia. Itu terbukti bahwa komunitas Syiah di Malaysia tidak mendirikan sholat Jumat terpisah dengan masyarakat setempat. Mereka bergabung dalam shalat Jumat setempat karena tidak ada beda antara shalat Jumat Syiah dan Sunni."
Ayatollah Jaafar Hadi juga menyinggung bahwa sistem Malaysia tidak disukai AS. Bahkan Malaysia berulangkali menunjukkan sikap tidak mau tunduk di bawah telunjuk AS.
Dalam kesempatan itu, Ayatollah Jaafar Hadi juga meminta komunitas pengikut Ahlul Bait as di Malaysia supaya melakukan shalat jamaah bersama di masjid-masjid sekitar. Selain itu, Syiah di Malaysia sudah sepatutnya lebih menghargai kelompok Ahlus Sunnah. Untuk itu, hal-hal yang sifatnya Sunnah jangan dipaksakan untuk ditonjolkan yang bisa jadi malah menimbulkan perselisihan. Menurut Ayatollah Jaafar Hadi, persatuan ummat adalah harga mati yang tidak dapat ditawar lagi.
Terkait hal ini, Ayatollah Jafaar Hadi mengutip fatwa Rahbar atau Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Al-Udzma Sayid Ali Khamenei, mengatakan, " Kesaksian kepada Imam Ali as sebagai Wali Allah dalam adzan adalah mubah. Untuk itu, hal itu jangan dipaksakan. Bahkan Rahbar dalam adzannya menyebut kesaksian kepada Imam Ali as dengan ringkas. Beliau hanya mengatakan, Ashadu Anna Muhammaddan Rasulullah wa Aliyan Waliyullah, yang artinya "Aku Bersaksi bahwa Muhammad Saw adalah Rasulullah dan Ali as adalah Wali Allah. "
Lebih lanjut Ayatullah Jaafar Hadi menjelaskan bahwa tidak ada perbedaan fikih yang signifikan antara Sunni dan Syiah. Bahkan dalam akad perkawinan, Syiah sama dengan Sunni. Ditegaskannya, "Silahkan lihat kitab-kitab kami, bahkan kitab fikih Imam Khomeini ra sudah tersebar di mana-mana."
Dalam kesempatan itu, Ayatollah Jaafar Hadi juga meminta pemerintah Malaysia supaya bersikap hati-hati untuk menuduh Syiah. Menurut Ayatollah Jaafar Hadi, Syiah adalah madzhab yang jelas, yakni akidah dan fikihnya jelas. Bahkan akhlak mereka meniru para manusia suci Ahlul Bait as yang juga keturunan Rasulullah Saw.
Lebih lanjut Ayatollah Jaafar Hadi menegaskan, "Dalam undang-undang internasional dan ketetapan hak asasi manusia ditegaskan bahwa masalah agama dan madzhab selama tidak menyeleweng adalah hal yang bebas."
Komunitas pengikut Ahlul Bait as yang juga diistilahkan dengan Syiah, hari Senin (27/12/2010) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), mengadukan pelecehan hak asasi manusia terhadap mereka (IRIB/AR/28/12/2010)
0 comments to "Malaysia ( JAIS ), Media Cetak/Elektronik, bloggers dan pemuka agama WAJIB Minta MAAF kepada pecinta Ahlulbait !!!persatuan ummat adalah harga mati !!"