Home , , � Komunitas Sunni dan Syiah Arab Saudi, Berjanji Menjalin Persaudaraan

Komunitas Sunni dan Syiah Arab Saudi, Berjanji Menjalin Persaudaraan

Komunitas Sunni dan Syiah Arab Saudi,  Berjanji Menjalin Persaudaraan





Dokumen perjanjian pernyataan saling menghormati dan menjalin ukhuwah Islamiyah antar dua mazhab besar, Sunni dan Syiah di Arab Saudi ditanda tangani oleh beberapa tokoh kedua pihak di kota Madinah.


Komunitas Sunni dan Syiah Arab Saudi,  Berjanji Menjalin Persaudaraan

Menurut Kantor Berita ABNA, dokumen perjanjian ini untuk pertama kalinya ditandatangani oleh kedua belah pihak Sunni dan Syiah setelah terjadinya peristiwa kerusuhan Asyura (10Muharram1432H) beberapa pekan lalu di kota Madinah.

Pertemuan yang diadakan khusus guna membicarakan hubungan yang lebih baik antara dua pengikut mazhab besar ini berlangsung petang kemarin dengan tema "Integrasi Keamanan Layaknya Sebuah Keluarga" dengan dihadiri sekitar 200 orang warga setempat yang bermazhab Sunni dan Syiah yang terdiri dari pegawai-pegawai Saudi di Dewan Al Danah, Madinah al Munawarah. Pertemuan ini mendapat respon positif dan dukungan dari Amir wilayah Abdul Azis bin Majid yang juga sempat hadir dalam pertemuan tersebut dengan pengawalan keamanan yang sangat ketat.

Dokumen perjanjian ini ditandatangani oleh Tahir Abdul Mun'im al Hajuj dan Soleh al-Jud'an dari pihak Syiah Madinah. Sedangkan dari pihak Ahlus Sunnah diwakili oleh Faisal Abu Rab'ah dan Sulaiman bin Ghamid al-Sa'idi dari wilayah al-'Ashbah.

Dokumen ini mengandung butir-butir perjanjian dan kerjasama antara kedua belah pihak mengenai persaudaraan Sunni-Syiah, kerjasama dalam bidang-bidang sosial, sama-sama aktif dalam menjawab segala syubhat dan fitnah serta penekanan kerjasama menjaga keamanan dan ketentraman kawasan.

Baru-baru ini, peringatan Asyura di Madinah dicemari oleh tindakan brutal pengikut Wahabi yang melempari jama'ah Asyura dengan kayu dan batu di wilayah al Qurba. Aksi ekstrim tersebut menciderai beberapa orang Syiah dan menelan kerugian material yang tidak sedikit. Namun disayangkan, pihak kepolisian Arab Saudi justru menangkapi 38 orang dari pihak Syiah, sementara pihak Wahabi yang memicu kerusuhan hanya sedikit yang ditahan.(http://abna.ir/data.asp?lang=12&id=218893)

Merasa Terfitnah, Komunitas Syiah Malaysia Balas Menuntut

Menyikapi berbagai tuduhan negatif media kepada warga Syiah pasca penggerebekan pihak JAIS dan kepolisian terhadap jama'ah Hauzah Imam Ridha, sekelompok warga Syiah Malaysia kemarin (28/12) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan menuntut permintaan maaf dari pihak JAIS.


Merasa Terfitnah, Komunitas Syiah Malaysia Balas  Menuntut

Menurut Kantor Berita ABNA, sekelompok warga Malaysia pengikut Syiah Imamiyah kemarin (28/12) yang diketuai H. Kamil Zuhairi bin Abdul Azis menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sebuah lembaga hak asasi manusia setempat, sambil menyebutkan telah terjadi pencemaran nama baik secara serius oleh pihak JAIS yang telah disiarkan oleh banyak media di Malaysia.

Kelompok yang terdiri sekitar 30 orang itu mendakwa tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Hauzah Imam Ridha (a.s.) di Gombak pada 15 Desember lalu tidak memenuhi prosedur undang-undang dan bertentangan dengan berbagai ketentuan penegakan HAM sebagaimana yang telah tercantum dalam Piagam Hak Asasi Manusia PBB.

"Kami Komunitas Pencinta Ahlul Bait (Syiah) di Malaysia memohon perlindungan hak dari SUHAKAM agar hak minoritas kami sebagai warga Malaysia dilindungi pihak-pihak berwajib," kata jurubicaranya Kamil Zuhairi Abdul Aziz.

"Sekiranya hak kebebasan beragama dan kepercayaan telah diberikan kepada minoritas yang beragama Hindu, Buddha, Kristian, Sikhisme dan yang lainnya, mengapa kami dicaci, dihina, difitnah dan kini digugat semata-mata karena mengamalkan kepercayaan kami turun-temurun sejak nenek moyang kami, yaitu Mazhab Ahlul Bait atau Syiah Imamiah yang dianuti lebih dari 200 hingga 500 juta umat Islam seluruh dunia." Lanjutnya.

Pengikut Syiah Imamiyah dari Gombak ini mencuat di media pertama kalinya setelah pihak JAIS melakukan penyerbuan kepada majelis yang mereka adakan, dan menyebarkan fitnah negatif lewat media. Sambil memperkenalkan Syiah sebagai ajaran yang mencintai perdamaian dan tidak mengancam keselamatan negara Malaysia, Kamil Zuhairi menegaskan ajaran Syiah Imamiyah tidak boleh di samakan dengan Syiah di tempat yang lain.

"(Kami) tidak akan menumpahkan darah, tidak akan bersekongkol, tidak akan terlibat dalam aktivitas militer sedikitpun, apalagi berupa tindakan teror dan persenjataan yang dapat membahayakan kedaulatan Negara." katanya sambil menegaskan bahwa pihaknya siap menjalin kerjasama dengan pemerintah untuk membendung tindakan-tindakan yang mengancam keselamatan Negara.

Beliau turut meminta pihak JAIS dan pengarahnya Datuk Khusrin Munawi dan penguatkuasa jabatan itu membuat permohonan maaf secara terbuka karena telah menyebarkan fitnah dan kekeliruan mengenai kelompok Syiah.

Turut dituntut memohon maaf adalah pihak media dan Datuk Dr Hassan Din yang oleh berbagai media menyebutkan bahwa ia telah berkata, pernikahan dengan pengikut Syiah adalah pernikahan yang tidak sah, dan anak yang terlahir dari pernikahan tersebut dikategorikan sebagai anak zina. Kamil Zuhairi menjelaskan kekeliruan yang timbul terhadap Syiah Imamiyah terjadi akibat tidak adanya dialog dan kajian ilmiah dari para sarjana mengenai ajaran tersebut.

Berikut nukilan Memorandum Bantahan perwakilan komunitas Syiah yang diserahkan kepada pihak SUHAKAM untuk kemudian ditindak lanjuti.

MEMORANDUM BANTAHAN

KEPADA

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

( SUHAKAM )

ISU

PENCABULAN/PELANGGARAN

HAK ASASI KEMANUSIAAN MALAYSIA

DIKEPALAI

DATO’ MUHAMMED KHUSRIN BIN MUNAWI

PENGARAH

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

TURUT SERTA TERLIBAT

MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK/BLOGGERS/

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG/POLIS DIRAJA MALAYSIA/

PEMUKA AGAMA MALAYSIA

JENAYAH

MENGGELIDAH, MERAMPAS,

MEROSAKKAN HARTA BENDA DAN MENFITNAH

TERHADAP

KOMUNITI MINORITI

PENCINTA AHLUL BAYT (KELUARGA) RASULULLAH MUHAMMAD S.A.W.

(MINORITI SYIAH MALAYSIA)

DI SRI GOMBAK , SELANGOR DARUL EHSAN.

TARIKH

15hb DISEMBER 2010 / 09hb MUHARAM 1432.

WAKTU

10.30 MALAM – 12.00 MALAM.

MEMORANDUM BANTAHAN

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM)

Tarikh: 27hb Disember 2010 / 20hb Muharam 1432 Hijrah.

Kepada:
Pengerusi dan Ahli-Ahli Pesuruhjaya

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

KRONOLOGI KEJADIAN :

Tarikh : 15hb Disember, 2010 / 09hb Muharam 1432.

Tempat : Di Hauzah Ar Ridha (as), Sri Gombak, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Waktu : Jam 10.15 pm – 12. 00 pm.

Pada Hari Rabu malam Khamis, lebih kurang pukul 10.30 malam pihak Jabatan Agama Islam

Selangor (JAIS) yang dikepalai oleh pengarahnya, Muhammed Khusrin bin Munawi bersama-

sama kakitangan (JAIS), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), berserta pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah memecah masuk dan menyerbu ke dalam Hauzah Ar Ridha (as), Sri Gombak, Batu Caves, Selangor. Ketika itu sedang berlangsung Majlis Tahlil Arwah untuk Saidina Hussein (rd) cucunda kepada Rasulullah Muhammad s.a.w .

Sebagaimana diketahui umum, Majlis Tahlil Arwah untuk Saidina Hussein, sering diperingati setiap tahun sejak tanggal 10hb Muharram 61 Hijrah. Tradisi ini sudah menjangkau hampir 1371 tahun lamanya oleh sebahagian besar masyarakat - Pencinta Ahlul Bayt Rasulullah Muhammad s.a.w (Syiah) di seluruh dunia.

Ia bukan sahaja diperingati di Republik Islam Iran, Iraq, Lubnan, Pakistan, India, Bangladesh, Kuwait, Yaman, Turki dan Afghanistan bahkan di negara–negara umat Islam lain yang terdapatnya Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) dan tidak terkecuali di negara–negara Eropah, Afrika, Rusia, China, Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Jepun, Australia, Sri Lanka, Filipina, Singapura, Burma, Thailand termasuk Indonesia dan di negara kita, Malaysia.

Tindakan (JAIS) menceroboh dan memecah masuk ke Majlis Tahlil Arwah Saidina Hussein yang sedang berlangsung pada malam tersebut tidak ada kaitan sama sekali dengan penyebaran fahaman Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah), kepada mana-mana pihak di Selangor atau di Malaysia. Majlis dilakukan secara tertutup di premis yang sah dan Majlis Tahlil Arwah tersebut hanya bertumpu kepada memperingati arwah cucuanda Rasulullah, Nabi Muhammad (s.a.w.) dalam Kalendar Umat Islam.

BAHAWASANYA:

Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w.(Syiah) di Malaysia selaku kumpulan minoriti agama, dengan ini mengemukakan Memorandum Bantahan dan Aduan terhadap tindakan biadab Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dikepalai oleh Mohammed Khusrin Munawi, Majlis Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia dan wartawan dari pelbagai media yang dengan terang dan jelas telah menghina kesucian majlis tersebut dengan memecah masuk ke premis tanpa menanggalkan kasut seterusnya memaki hamun mereka yang sedang menghadiri majlis tersebut.

Sikap melampau Mohammed Khusrin Munawi dan pegawai-pegawai JAIS yang tidak menghormati kesucian premis tersebut seharusnya dikeji. Kejahatan tindak-tanduk JAIS bercanggah dengan Hak Kebebasan Beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan beberapa peruntukan undang–undang lain.

SESUNGGUHNYA:
(1) Memorandum bantahan ini kami kemukakan berdasarkan kepada ajaran Al-Quran dan Hadis

Rasulullah Muhammad s.a.w. dengan jaminan hak-hak kebebasan serta kewarasan akal budi peradaban kemanusiaan (rujuk Abdul Monir Yaacob, Hak Asasi Manusia Menurut Islam Sejarah dan Konsepnya, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi: 1986).

(2) Memorandum Bantahan ini kami kemukakan berdasarkan Jaminan Hak Kemanusian, Perkara 18, Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1948 (rujuk lampiran).

(3) Memorandum bantahan ini kami kemukakan berdasarkan Jaminan Hak Kemanusiaan, Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan

(4) Deklarasi Amman, Jordan 2008 oleh Pertubuhan Dunia Negara-Negara Islam (OIC) yang mana jaminan hak beragama diberikan kepada Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w.( Syiah).

Kesemua perkara dan konsensus antarabangsa yang diperuntukkan di atas turut diperakukan oleh Malaysia secara langsung atau tidak langsung. Malaysia adalah salah sebuah entiti antarabangsa yang telah menurunkan tandatangan persetujuan dengan penuh sedar serta memahami segala syarat–syarat dan butiran yang terkandung di dalamnya. Piagam Hak Asasi Manusia – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Amman, Jordan - OIC telah menggariskan dengan jelas dan terang berkenaan hak-hak asasi kehidupan kemanusiaan. Antara yang terpenting adalah hak kebebasan untuk memilih dan mengamalkan Kepercayaan atau agama oleh seseorang.

Berdasarkan jaminan-jaminan tersebut, kami menuntut hak kami sebagai individu untuk

mengamalkan apa yang kami yakini dan percaya sebagai ajaran agama berdasarkan al-Quran dan ajaran Rasulullah Muhammad s.a.w. yang telah disampaikan oleh Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah yang suci. Hak beragama tersebut perlu dilunasi tanpa perlu dipaksa terikat dengan mana-mana mazhab atau fahaman sempit yang tidak berlandaskan sebarang dialog.

SESUNGGUHNYA KAMI NYATAKAN:

  1. Adalah kami komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia adalah sebahagian daripada masyarakat besar Pencinta Ahlul Bayt seluruh dunia yang berjumlah sekitar 200-500 juta umat Islam.
  2. Adalah kami Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia TIDAK BOLEH DISAMAKAN dengan masyarakat Syiah di rantau lain, seperti rantau Indo-Pakistan, Asia Tengah atau Timur Tengah yang mempunyai tradisi dan kebudayaan berbeza. Kami minoriti Syiah di Malaysia mempunyai jati diri yang khusus.
  3. Adalah kami minoriti Syiah di Malaysia tidak boleh digeneralisasikan sama seperti umat Islam Syiah di rantau lain.
  4. Adalah kami Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia datang dari pelbagai jalur etnik Melayu dan umat Islam yang mana mazhab Ja’fari (mazhab fikah Syiah) ADALAH MAZHAB ASAL KAMI.
  5. Adalah kerana tiadanya dialog dan wacana di antara pihak berkuasa agama tempatan dengan komuniti kami (Syiah) di Malaysia maka telah berkembang kejahilan, kekeliruan dan salah anggap yang sangat besar terhadap kami.
  6. Adalah etnik Melayu yang berketurunan Aceh, Minang, Bugis, Jawa, (hanya beberapa contoh) dan umat Islam dari keturunan Siam-Ayuthya, Pakistan dan Arab terdapat sebahagian kecilnya adalah pendokong Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w Syiah sejak turun-temurun (daripada nenek moyang).
  7. Adalah kami mempunyai bukti atau hujah akademik serta warisan sejarah keluarga yang mesti diperakukan menurut Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa kami adalah bermazhab Syiah atau mengamalkan fikah Ja’fari sebagai MAZHAB ASAL kami.
  8. Adalah tiadanya dialog dan kajian sejarah, budaya dan etnik yang tersusun dari pihak berkuasa dan juga sarjana akademik tempatan menyebabkan kami telah disudutkan dan tidak diketahui kewujudannya sekian lama.
  9. Adalah fitnah yang disebarkan mengenai kami Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia mengakibatkan salah faham yang sangat buruk terhadap kami. Salah faham yang buruk ini mendorong pewartaan undang-undang yang tidak adil buat kami.
  10. Adalah kerana itu komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) mengalami penindasan, salah tanggap, penderaan emosi, serta tekanan yang hebat ekoran dari fitnah dan tohmahan Mohammed Khusrin Munawi selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor tersebut.
  11. Adalah fitnah yang beliau sebarkan menerusi ucapan beliau kepada media tempatan menyebabkan hak-hak beragama dan kebebasan mengamalkan agama kami telah dicabul.
  12. Adalah perbuatan tidak bertanggungjawab Mohammed Khusrin Munawi selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor terhadap kami mengakibatkan fitnah dan kekeliruan terhadap masyarakat besar Pencinta Ahlul Bayt (Syiah) seluruh dunia yang berjumlah sekitar 200-500 juta umat Islam semakin dipanjangkan. Aksi tidak bijak ini boleh menjejaskan imej Malaysia di luar negara.

DENGAN ITU:

  1. Kami membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dikepalai Mohammed Khusrin bin Munawi bersama kakitangan JAIS yang bersikap biadap dan keji menceroboh, memecah masuk, menggelidah, merosak dan mengambil barang–barang hak milik Hauzah Ar Redha a.s tanpa kebenaran atau Waran Sah ketika Majlis Tahlil Arwah Saidina Hussin a.s cucunda Rasulullah Muhammad s.a.w. di premis tersebut.
  2. Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia percaya kami telah dijadikan bahan uji, adu domba dan diKambing Hitam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, seperti yang dipelihatkan oleh tindak-tanduk kurang ajar Mohammed Khusrin Munawi (JAIS), Media Cetak/Elektronik, bloggers dan pemuka agama demi memenuhi nafsu sarakah tanpa mempedulikan hak-hak kemanusiaan kami sebagai rakyat Malaysia.
  3. Kami ingin menafikan segala dusta, fitnah cacian dan rekacipta tuduhan biadab penuh pembohongan yang melampaui batas kemanusiaan, yang telah mereka lemparkan kepada

kami untuk menghasut rakyat Malaysia dengan niat menimbulkan ketegangan untuk menghuru-harakan negara Malaysia yang kami cintai.

Tuduhan dusta penuh keji yang diucapkan oleh Mohammed Khusrin (JAIS) telah ditambah nilai oleh pihak tertentu (Media, Bloggers dan Pemuka Agama):

- Mereka telah menghina dan memfitnah Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w (Syiah) menghalalkan darah saudara–saudara kami yang sebangsa dan seagama dari golongan Sunnah. Kami ingin menegaskan bahawa terdapat antara penganut Syiah atau Ja’fari berkahwin dan hidup dalam masyarakat ahlus sunnah wal jamaah secara rukun damai secara turun-temurun.

- Mereka telah menghina dan memfitnah, Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w (Syiah) mengamalkan kahwin muta‘ah dan seks bebas. Sebagai sebuah masyarakat, kami tidak dapat mengawal setiap penganut mazhab Syiah atau Ja’fari. Perbuatan segelintir daripada kami tidak dapat dihujahkan mewakili seluruh komuniti. Selain itu mesti diingatkan di sini, oleh kerana tiadanya sebarang dialog dan ruang untuk kami bersuara, terdapat banyak kekaburan dan kekeliruan tentang konsep-konsep ajaran Syiah disebarkan.

- Mereka telah menghina dan memfitnah, Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w (Syiah) tidak wajib menunaikan Haji di Mekah. Sekali lagi tuduhan dan fitnah ini tidak benar dan tidak berasaskan hujah atau dalil yang ada dalam teks suci, dan juga fatwa para marja’ taklid (rujukan ulama fikah) kami.

- Mereka telah menghina dan menfitnah, Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) telah mengkafirkan saudara saudara kami dari golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sekali lagi kami ingin menekankan bahawa tohmahan ini tidak benar. Ini kerana terdapat antara penganut Syiah atau Ja’fari dalam kalangan kami berkahwin secara sedar dan hidup dalam masyarakat ahlus sunnah wal jamaah.

- Mereka telah menghina dan memfitnah , Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w (Syiah) sebagai sesat dan KAFIR.

- Mereka juga telah memberi gambaran bahawa adalah menjadi DOSA BESAR kepada JAIS dan pemuka Agama di Malaysia ini sekiranya umat Islam di negara ini tidak memilih mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai anutan mazhabnya. Hal ini menjadi satu masalah yang besar buat kami kerana seperti yang dinyatakan sebelumnya, mazhab asal kami adalah sememangnya Syiah Imamiyah dengan fikah Ja’fari.

- Mereka telah menghina dan memfitnah, komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) dengan menanam api permusuhan terhadap saudara mara kami dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

- Mereka telah menghina dan memfitnah, komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah), bahawa perkahwinan antara orang Syiah dengan Ahli Sunnah adalah haram dan zina, sementara zuriat hasil perkahwinan tersebut sebagai adalah luar nikah (tidak sah).

4. Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di

Malaysia, dengan penuh sedar ingin menyatakan pendirian dan kesaksian kami seperti berikut:

Tauhid Ajaran Agama Kami Yang Telah Dibawa Oleh Rasulullah Muhammad s.a.w dan disampaikan Oleh Ahlul Baytnya (Keluarganya) ialah: Cinta Abadi / Kasih Sayang

· Cinta Kepada Penciptanya (Allah)

· Cinta Kepada Pesuruhnya ( Rasulullah Muhammad Rasulullah s.a.w. )

· Cinta Kepada Keluarga Pesuruhnya

· Cinta Kepada Manusia / Alam / Makhluk.

· Cinta Kepada KeAmanan / KeAdilan Sejagat.

· Cinta Kepada Negaranya.

· Cinta Kepada Institusi Raja – Raja Yang Melindungi Keselamatan Rakyatnya .

· Cinta Kepada Perlembagaan Negara dan Rukun Negara yang berpaksikan: “DiMana Bumi DiPijak , DiSitu Langit DiJunjung“

  1. Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (Syiah) di Malaysia memohon perlindungan HAK dari SUHAKAM berpaksikan Perlembagaan Malaysia agar hak minoriti kami sebagai rakyat Malaysia dilindungi oleh pihak–pihak yang berwajib. Sekiranya hak kebebasan beragama dan kepercayaan telah diberikan kepada minoriti yang beragama HINDU, BUDDHA, KRISTIAN, SIKHISM atau lain lain agama, mengapa kami dicaci, dihina, difitnah dan kini diugut semata-mata kerana mengamalkan mazhab kepercayaan kami turun-temurun sejak nenek moyang iaitu Mazhab Ahlul Bayt yang dianuti lebih 200-500 juta umat Islam seluruh dunia.
  2. Pendirian kami amat jelas dan terang, dan kami berharap agar hak-hak asasi sebagai seorang manusia diberikan kepada kami untuk mempercayai dan mengamalkan apa yang kami percaya sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang tercinta.

KOMUNITI PENCINTA AHLUL BAYT (SYIAH) DI MALAYSIA BERIKRAR:

  1. Tidak akan menumpahkan darah, tidak akan bersubahat, tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan militan, teror dan persenjataan yang dapat meletakkan negara tercinta dalam kedudukan bahaya. Kami juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung sebarang elemen atau anasir militan, teror dan ganas.
  2. Sentiasa menjunjung dan memperakukan institusi beraja dan perlembagaan Malaysia serta taat setia Yang Dipertuan Agong.
  3. Tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk tindakan yang boleh menggugat keselamatan negara ini.

TUNTUTAN

  1. Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (Syiah) di Malaysia dan Syiah seluruh dunia menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Mohammed Khusrin bin Munawi dan Jabatan Agama Islam Selangor setelah beliau dan jentera di bawahnya mencabul hak-hak kami dan menfitnah kami dengan dahsyatnya.
  2. Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (Syiah) di Malaysia dan Syiah seluruh dunia menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada media cetak dan elektronik yang menfitnah kami tanpa asas kukuh.
  3. Kami Komuniti Pencinta Ahlul Bayt (Syiah) di Malaysia dan Syiah seluruh dunia menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada ulama dan pemuka agama yang menfitnah kami, khususnya Hassan Din al-Hafiz yang dalam laporan Berita Harian 18 Disember 2010 di halaman 4 memanggil anak-anak kami penganut Syiah sebagai anak tidak sah atau anak haram.
  4. Kami menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan pihak berkuasa agama semua negeri khususnya Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).
  5. Kami menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan pihak berwajib iaitu Perdana Menteri Malaysia. Kami percaya slogan 1Malaysia yang digagaskan oleh beliau bemaksud untuk mendakap seluruh minoriti yang ada dan diberikan hak-haknya selaras dengan semangat perlembagaan.
  6. Kami menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan penggubal undang-undang (ahli parlimen) sebagai wakil rakyat kami.
  7. Kami menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan semua entiti politik termasuk parti pembangkang.
  8. Kami menawarkan dialog dan ingin menghulurkan salam perkenalan dan perbincangan dengan semua entiti sosial seperti badan-badan bukan kerajaan.

Sekian, Terima Kasih,

Wassalam.

________________________

Yang Benar,

Kamil Zuhairi Ab Aziz.

Ketua Minoriti Pencinta Ahlul Bayt Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) Malaysia

(http://abna.ir/data.asp?lang=12&id=218895)


Penjara Khusus buat Penganut Ajaran Sesat

Dikhawatirkan penyebaran ajaran sesat juga bisa saja terjadi di penjara, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengusulkan penjara khusus buat penganut ajaran sesat.


Penjara Khusus buat Penganut Ajaran Sesat

Menurut Kantor Berita ABNA, sebagaimana yang dinukil dari situs berita malaysiakini.com, Mohammad Rais Rashid, salah seorang petinggi JAIS menyatakan kekhawatirannya ajaran sesat akan tersebar di penjara, jika penganut ajaran sesat dipenjarakan bersama dengan narapidana lainnya.

"Mereka (penganut ajaran sesat) semestinya dikurung dalam sel yang khusus dan tidak digabungkan dengan narapidana lainnya. Khawatir jika mereka merusak dan mempengaruhi aqidah narapidana lainnya." Jelasnya dihadapan wartawan malaysiakini.com. "Biarlah mereka ditempatkan secara khusus dengan sesama pengikutnya saja." Tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, dengan keberadaan penjara khusus akan memudahkan pihaknya untuk melakukan program pemulihan aqidah. Sementara itu media berita Kosmo melaporkan JAIS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menyelidiki beberapa situs internet yang diduga menyebarkan paham-paham yang bertentangan dengan ajaran Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Disebutkan mereka bahwa diantara situs yang disinyalir menyebarkan ajaran sesat adalah blog pribadi DR. Faisal Tehrani, seorang penulis novel Sunni terkenal yang telah meraih Anugerah Seni Negara 2006 dari kerajaan Malaysia dan meraih gelar tokoh Penulis Muda Negeri Malaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Malaka.

DR. Faisal Tehrani adalah seorang cendekiawan muslim yang juga aktif sebagai dosen dan peneliti, beliau menyatakan simpatiknya pada Syiah pada blog pribadinya. Dalam blog pribadi beliau (http://tehranifaisal.blogspot.com), DR. Faisal sambil memohon do'a keselamatan kepada saudara-saudara bermazhab Syiah di Malaysia, beliau juga menyebutkan penggerebekan yang dilakukan JAIS terhadap jama'ah Hauzah Imam Ridha as adalah tindakan yang dapat merusak citra dan nama baik Malaysia di tingkat internasional.(http://abna.ir/data.asp?lang=12&id=218892)

0 comments to "Komunitas Sunni dan Syiah Arab Saudi, Berjanji Menjalin Persaudaraan"

Leave a comment